Tuesday, March 15, 2011

Lawak di petang hari (^_^)

Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.

Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..

Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami: Tak semua, ada juga yang saya setuju.

Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya

Suami: Tentu ada, cuma tak kena tempat.

Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita. Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak.

Suami: Haa, saya pun akan masuk bilik yang ada wanita. Kan saya setuju dengan awak!!!

Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki!!! Kalau berani buatlah.

Suami: Aii, bila saya setuju awak marah pulak(^_^)
*gambar hiasan


 FF: dalam setiap perhubungan, pentingnye sikap bertolak ansur n saling mempercayai. (^_^)


anda suka entry ini?? silalah like (^_^)

0 GOSIP HANGAT:

tinggal jejak oke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...