Thursday, March 17, 2011

akibat tidak percayakan Tuhan

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...


Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?

Murid-murid : Nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ada kan?

Murid-murid
: Ada cikgu.


Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..


Guru tadika
: Anak-anak,nampak tak pen?

Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika
: pen ada tak?

Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?

Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika : Tuhan ada tak?

Murid-murid
: tak ada cikgu.

Guru tadika : Jadi, bagaimana kamu tahu tuhan itu wujud?


Muka kanak-kanak di tadika itu semuanya kebingungan. Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...


Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?

Guru tadika : Boleh,mari ke depan.

Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?

Murid-murid : nampak.

Amin : cikgu ada kan?

Murid-murid : ada.

Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?

Murid-murid : tak nampak.

Amin : cikgu ada otak tak?

Murid-murid : tak ada.

Amin : kalau macam tu, sama jela dengan Tuhan cikgu. kita tak nampak Tuhan tapi Tuhan itu ada. sama juga macam otak kita ni. kita x pernah nampak otak kita ni ada dan macam mana tapi kita tahu otak kita ADA kan??


Muka guru tadika tersebut terus bertukar kemerah-merahan menahan malu. Semua murid-murid tadika ketawa melihatkan aksi gurunya yang seperti kepanasan. hahahahahha~ amek kau ! saper suh ko ajar benda camni. budak pun pandai la. ko tu yang bodoh x percayakan tuhan. lalalalalal~ (^_^)

*ALLAHHU AKBAR


FF: ALLAH itu tetap wujud walaupun kita x pernah melihatnya. =)


anda suka entry ini?? silalah like (^_^)

0 GOSIP HANGAT:

tinggal jejak oke?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...