Sunday, August 7, 2011

6 jalan mudah mendapat ganjaran ALLAH

hye peeps ! celik x celik, ahri ni dah 7 hari kita berpuasa kan? n kurang 3 minggu lagi, kita sume dah nak raya kan? huhu ! btw, entri aku kali ni pendek je. aku just nak share kat korang sume ape yang korang leh wat untuk tingkatkan ganjaran pahala terutamanya di bulan puasa ni. walaupun benda yang korang buat tu kecil n sedikit tapi ianya besar di sisi ALLAH tau. so, there's six easy ways to earn even after death :

1) Korang bagi Al-Quran kat seseorang. Setiap kali someone tu baca, korang pun akan dapat ganjarannya
2) Dermakan kerusi roda kat mana-mana hospital. Setiap kali pesakit menggunakannya, korang akan dapat ganjarannya
3) Libatkan diri dalam pembinaan masjid
4) Bagi n letak water cooler kat tempat public
5) Tanam pokok. Korang akan dapat ganjarannya setiap kali orang, binatang berteduh di bawahnya atau memakannya
6) And the easiest of all, korang share mesej ni. Walaupun sorang je yang buat salah satu benda kat atas tuh, insyaALLAH korang dah dapat ganjarannya. Wallahua'lam :)


** Korang tau x, pahlawan di Zaman Kesultanan Melaka dipanggil Hang Tuah, Fotografer pada abad ke-21 dipanggil Hang Foto. nak tau lebih lanjut, check di sini.

anda suka entri ini?? silalah like (^_^)
Read more...

Thursday, August 4, 2011

Disimbah Asid Sebelum Terawih



KOTA BHARU – “Ketika itu saya sedang membelek senaskhah akhbar di kedai runcit sebelum tiba-tiba bahagian kanan muka dan belakang badan saya terasa panas.”

Demikian cerita Faizal Halim Rustam, 37, yang mengalami cedera parah selepas disimbah sejenis cecair dipercayai asid dalam kejadian di hadapan sebuah kedai runcit di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, dekat sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa dalam perjalanan ke sebuah masjid untuk menunaikan solat tarawih sebelum singgah di kedai runcit tersebut untuk membeli minuman.

Menurutnya, selepas membeli minuman, dia membelek-belek senaskhah akhbar seketika sebelum tiba-tiba muka dan badannya terasa panas dan pedih seolah-olah terbakar.

“Muka dan badan saya terasa seperti terbakar dan saya terus berlari ke sebuah klinik yang terletak kira-kira 30 meter dari kedai runcit tersebut untuk mendapatkan rawatan.

“Sebaik sampai ke klinik tersebut, kakitangannya kemudian menyapukan krim ke seluruh anggota badan serta muka saya.

“Memandangkan kecederaan dianggap serius, saya kemudian dihantar ke Kota Bharu Medical Centre (KBMC),” katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, berikutan kecederaan pada bahagian mata yang agak serius setelah diperiksa oleh doktor di KBMC, beliau kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapat rawatan lanjut.

Ketika ditanya mengenai punca kejadian tersebut, Faizal berkata, ia mungkin disebabkan oleh dengki namun, beliau enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak nampak dan tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan itu.

“Saya harap pihak polis dapat menjalankan siasatan dan menangkap suspek yang melakukan perbuatan ini kerana ketika kejadian, saya pasti terdapat beberapa orang lain yang menyaksikannya di kedai tersebut,” ujarnya.

Berikutan kejadian itu, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Sesiapa yang menyaksikan kejadian tersebut diharap tampil untuk membantu siasatan,” katanya.
Read more...

Wednesday, August 3, 2011

‎Undian Piala Malaysia 2011

‎hye peeps ! lamanya aku x update blog ni. dah bersemak samun tol blog aku ni. btw, sebelum aku teruskan bercerita tentang tajuk entri kat atas tuh, aku nak ucap "Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak" dulu kat korang sume. kalau ada antara korang ada terase hati dengan aku sebelum ni, aku mintak mahap bebanyak tau. soryla lau agak lambat ucap sikit. mak busy la nyah sekarang ni. maklumla dah jadi wanita berkerjaya dah kan sekarang ni. haha ! btw, siyesnye cheq nak habaq mai ni. tahun ni memang cheq dah jadi hantu bola. x kesah la liga malaysia ke, EPL ke, AFC ke. sume cheq layan. memang hantu tol la. x makan, x mandi pun xpe asalkan bole tengok bola. huh ! teruk betol pangai !

ish, byk lak aku membebel ni. btw, aku post entri ni coz nak habaq yg Undian Piala Malaysia 2011 akan diadakan pada 5.8.2011 jam 5.30 pm. pergghh ! sal bola lagi kan?? ade aku kesah? haha ! yg penting pasukan peberet aka pasukan negeri aku, TRW dalam kumpulan 1. haha ! GOMO KELATE GOMO !


*agak-agak, kalau aku main bola, ada lebey kurang camni x aku tendang bola tuh? haha ! *


BALANG 1 : KELANTAN - Terengganu - Selangor - Kedah
BALANG 2 : Perak - Johor FC - Negeri Sembilan - T-Team
BALANG 3 : Sabah - Felda United FC - Kuala Lumpur - PKNS FC
BALANG 4 : Sarawak - PDRM - Johor - Sime Darby FC


k lah. tu je entri aku untuk kali ni. x leh membebel banyak2. kang kurus lak pose aku hari ni. haha ! erk? aku puase ke masalahnya? haha ! wutever ! nanti korang main la teka n agak ek pasukan mana akan menang. aku kompem sokong TRW. haha ! k la. chow !


anda suka entri ini?? silalah like (^_^)
Read more...

tinggal jejak oke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...