Tuesday, March 29, 2011

Contest Senyumanmu Sumber Inspirasiku

Hype peeps ! Seronok kan lau leh tido ujan-ujan camni. hohoho~ okeh la. entry aku kali ni, aku nak pertaruhkan pic comel someone yang aku sayang untuk contest ni. Nak tau sapa?? tunggu la dulu. huhuhu~ btw, ni blog tuan penganjur, aien hermione.



okeh ! kat atas ni banner untuk contest tu. tuan je kan tuan penganjur tu. (erk ! ni bikan mengampu okeh ! ) actually, aku saja je join contest ni. mana la tau kot-kot ade rezeki kan?? huhuhu~ actually, untuk contest ni, aku pertaruhkan pic sepupu kesayangan aku yang comel tu. aku suker giler kat die. die pun suker giler kat aku. ngeeee~ nak tau kenaper aku suker die?? sebab die comel n pandai sangat. setiap kali die nampak aku,mesti dah x mahu dah kat parent die. he3~ i lap u more la Nur Wirdatul Qaisara. *wink* ;)


ni pic budak comel tuh. comel kan die?? heheheh~ tu jela yang aku mampu tulis wat masa sekarang ni.  need to have a shower lak. huhuhuhu~ k la. tata olz. ;)

anda suka entry ini?? silalah like (^_^)

Read more...

Segmen : Entry Saya Terbaik Dari Ladang

Assalamualaikum semua ;)

Okeh ! kali ni aku nak join segmen yang blog tuan pengasasnya bernama Kechik Itu Comel. hehehehe~ excited nak join neyh. jom layan kat bawah neyh ;p


Tajuk : SEGMEN : ENTRY SAYA TERBAIK DARI LADANG

Actually, entry ngetop aku, aku rasa la kan, ini la. ngeeee~ ------>> Stylish Poem from The Tolol Malaysian. hakhakhak~ aku suka sangat entry ni coz cam tingtong je lau ade orang yang tol-tol guna bahasa camni kan dalam hidup dorang. hehehehe~ pape pun, yang penting hidup ni kena la selalu hepy. *peace* (^_*)

anda suka entry ini?? silalah like (^_^)

Read more...

Bila tekanan menguasai diri ~


Salam. pergghh~ kenyang tol lunch hari ni. berbaloi-baloi. hahahaha~ akhirnya, semua assignment yang nak kena submit minggu ni sume dah setel. tinggal study untuk midterm test kamis ni je lagi x abis. xpe. esok masih ada. ngeee~

Actually, sekarang ni memang musim tekanan perasaan. Aku rasa la kot. Sebab aku pun tergolong dalam golongan camtu gak. Rasa serabut sangat-sangat. Tu la. Padan muka aku gak. Sapa suh x buat awal-awal assignment tu. huhuhu~ Sekarang ni banyak sangat masalah n kerja yang x setel-setel lagi. Tekanan dengan exam, assignment, kuiz, presentation n banyak lagi. Tapi bila sebut sal tekanan ni, tiba-tiba je aku teringat kat dialog perbualan kawan-kawan aku sal rambut n tension. Ade lak dorang cakap rambut dorang dah gugur banyak sangat gara-gara assignment. Ade lak yang cakap dah berdiri cam terkena kejutan elektrik. hahahahahah~ sengal tol la. Dahla siap ajak gi buat rambut lak tu lepas sume dah setel. hahahahah~ weyh korang, cakap jela korang memang nak wat rambut. x yah la nak bagi alasan assignment ke hape. sengal tol la korang ni. hahahaahah~ tapi aku rasa x yah la weyh. membazir je. terimalah rambut korang seadanya. xdela teruk bebeno pun aku tengok. huhuhu~ anyway, kat bawah ni ade serba sedikit info sal rambut untuk korang. hehehehe~ jom layan !!


1)      1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERINTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

p/s : malas sikat rambut

10) RAMBUT BERUBAN
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT
xtau nak ckp apa da la. hu3~

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN
itu rambutann... Huahuahuahua...


*ader x saper2 berambut camni?? hakhakhak~


FF: X yah la korang nak wat-wat rambut segala ni. Membazir je. Baiklah simpan duit untuk bayar balik PTPTN nanti. Yang tu lagi baik. *peace* (^_^)

anda suka entry ini?? silalah like (^_^)

Read more...

Monday, March 28, 2011

Stylish Poem from The Tolol Malaysian

Salam. Kali ni aku nak tunjuk kat korang satu puisi (poem) yang menggunakan bahasa melayu inggeris. hak3~ puisi ni dicipta oleh sseorang yang tersangatlah sengal. aku dapat neyh daripada membe aku, Firdaus Park. hahaha~ korang baca dan fahamla sendiri. huhuhu~


HIS NEW MALAYSIAN POEM

 Can study continue STUDY,
 Can't study, work FACTORY,
 Cannot rely on CHARITY,

 Earn a little SALARY,
 Just enough 4 daily ROTI,
 Go work no WIRA but LRT.

 Colleagues formerly FRIENDLY
 Daily treated to KOPI
 Now gradually get CRAZY
 Behind me say I LAZY.

 Boss has no SYMPATHY
 Work always must HURRY
 Say I not enough BUSY
 Often ask me do OT

 Midnight goes back by TAXI
 TAXI surcharge KILLING ME
 Now i pokai and NO MORE MONEY
 Borrow from chettia kena EXTRA FEE
 Coz money is never FREE

 Boy/girl-friend goes STEADY
 Serious, and then MARRY
 Ceremony and PARTY
 Joker-friends give PANTY
 No money sure no HONEY

 10 months later be DADDY
 Wife at GH birth a BABY

 Monthly pays back RHB
 Earn not enough FEEL GUILTY
 Jump down suicide and MATI
 No money 4 funeral how to BURY
 Go see God every thing hoping will JADI
 Because MALAYSIA BOLEH. SEMUA JADI.



FF: ish, pening kepala nak faham. huhuhu~ tu la. orang suruh study tol-tol masa kecik-kecik x nak. bila dah besar, camni la jadinya. huhuhu~
anda suka entry ini?? silalah like (^_^)

Read more...

Cinta sebelum kawen?? Sampah semata-mata !!

Salam. Camne ngan tajuk entry aku tu? HOT x? hakhakhak~ Sebenarnya, kali ni aku nak gitau korang sal tahap-tahap atau peringkat seseorang tu bercinta. Korang penah tau x selama korang bercinta dengan seseorang tu, korang dah sampai tahap mana?? kalau x tau, jom tengok sini. Matthew Inman telah jelaskannya dalam beberapa cara. HAPPY READING GUYS !




See?? sumenye cam hampeh je kan? hahahaha~ masalah dunia sekarang ni, bercinta bagai nak rak tapi nak jumpa yang akan kawen & kekal tu, dalam 1000 orang, sorang pun lom tentu lagi. So, pengajarannya, x yah la dok sibuk-sibuk nak cari kapel lagi sekarang ni. Lau yang tengah belajar tu, belajar dulu bagi abis, bagi berjaya. Gembirakan hati orang tua korang yang dah susah payah besarkan korang dari kecik sampaila sekarang ni. Tak yah la nak serabutkan diri dengan benda-benda alah ni. Kalau ada jodoh tu, x kan ke mana. Then yang paling best, bercinta lepas kawen. Aku suka camni. saper yang nak join aku?? hakhakhak~ sila angkat kaki ye. (^_^)


FF: Yang penting, bercinta denganNYA  je yang mampu membuatkan hidup kita ni aman damai dan tenteram. *peace* (^_^)

anda suka entry ini?? silalah like (^_^)

Read more...

Selamat Menyambut Hari Tua Kawan !!

Salam uolz. Dah pagi dah pun kan? pergghh ! lama tol aku x update blog ni. Dah bersawang dah semua widget-widget yang ada kat blog aku ni. huhuhu~ Soryla kengkawan. cheq tak sempat nak update. Busy sangat sekarang ni dengan midterm test, presentation, assignment, kuiz & banyak lagi la. Almaklumla, kehidupan student sem akhir la katakan. ngeee~ (cet ! perlu ke mention "sem akhir" tu. huh ! )

Actually, entry aku kali ni aku wat khas untuk kawan aku. Namanya Shah Rizan. Ni nama blog dia. The Dr. Choice. (korang boleh klik kat nama blog dia tu je kalau nak tengok tuan nya yang ensem tu) Tapi kitorang paggil dia bro beautiful girl je. Nak tau sebab pe kitorang panggil camtu? hakhakhak~ adala sebab specialnya. Biarla sebab-sebabnya menjadi rahsia ye ! hehehehe~ Actually, besday die hari ni la der. aku tak tau pun biler besday ko sebenarnya. naseb baik ade FB kan? heeee~ Sory nyah ! I kan busy. x sempat nak amek tau semua tu. hakhakhak~

Shah, ni ada satu lagu khas untuk ko. Lagu "kita satu" nyanyian Spider. tapi ni versi kawan okeh ! best gler dowh. (actually ni luahan hati yana. ahakz.) ko baca, download, dengar & hayatilah ye. (^_^)


 Kita telah ditakdir bersama,
Teman hidup di dunia,
Malam siang, kita jadi satu,
Kerana engkau adalah milikku.

(yang lain sambung sendiri. ngeee~ )

*nah ! aku belanjer ko kek besday. =)


FF: HAPPY BESDAY SHAH !! aku tetap sayang ko n kawan2 aku yang lain walaupun ko selalu kutuk aku. aku redha je. sobs. ='(

anda suka entry ini?? silalah like (^_^)

Read more...

Thursday, March 24, 2011

Sekadar renungan bersama

Money says: Earn me, forget everything
Time says: Follow me, forget everything
Future says: Struggle for me, forget everything
Allah simply says: REMEMBER ME & I will give you EVERYTHING ♥

..."BE NOT SAD SURELY ALLAH IS WITH US"
(Surah at-Taubah 9.40)



anda suka entry ini?? silalah like (^_^)

Read more...

Tuesday, March 22, 2011

Bila ajal datang menjemput

Salam. entry aku kali ni khas aku wat untuk seorang sahabat aku yang telah kembali ke Rahmatullah petang semalam. jenazah beliau telah selamat dikebumikan pada pukul 6 petang semalam. Al-fatihah untuk beliau.

Korang nak tau kenapa aku wat entry ni untuk beliau?? coz aku terkejut sangat2. even aku dah lama x contact die tapi aku penah kenal n rapat dengan die. tiba2 aku rasa takut sangat. aku rasa cam banyak sangat dosa yang aku dah lakukan selama ni. aku takut sangat jika aku pergi dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Nauzubillah. 

Aku terkejut sangat coz dia pergi dengan tiba2. sedih. tiba2 je menitis air mata ni bila teringatkan beliau. sangat sukar untuk aku mengawal perasaan aku ni. ya ALLAH. bagaimanalah dengan keluarga beliau?? tabahkanalah hati mereka ya ALLAH. aku terkejut sangat coz dua tiga hari sebelum ni, beliau sempat lagi berkomen dalam FB n sempat lagi beliau m'upload pic beliau masa perkahwinan kazen beliau. MasyaALLAH. bila dah sampai masanya, cepat je kita pergi. terpana n terkejut aku ketika menerima berita sal kematian beliau semalam. beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya di Gua Musang semalam bersama-sama kakak n sepupunya. 3 orang meninggal dunia manakala 3 orang lagi cedera parah. 

berita lanjut, bolehlah tengok di sini @ lawati FB beliau di sini. Al-Fatihah sekali kepada beliau. semoga rohnya ditempatkan di kalangan insan2 yang solehah. takziah kepada keluarga beliau.



"And one of His signs is that He shows you the lightning for fear and for hope, 
and sends down water from the clouds then gives life therewith to the earth its death; 
most surely there are signs in this for a people who understand" (Quran 30:24)


*gambar hiasan


FF: ya ALLAH. ampunilah segala dosa2 beliau serta hambamu ini. tempatkanlah beliau di kalangan orang2 yang beriman. amin.

anda suka entry ini?? silalah like (^_^)


Read more...

Monday, March 21, 2011

Kawan masa senang je

camni la kawan. ingatkan boleh gak tolong kita dalam susah dan senang tapi hampeh. asyik pentingkan diri sendiri je. aku tau la aku ni malas nak gi kelas tapi aku x de la suruh ko sign kan untuk aku ke hape. tapi at least, lau ade kuiz ke, omwork, gtau la aku. kata kawan baik, kawan sehidup semati la konon. tapi kuiz yang lect nak wat kul 2 jap lagi pun, ko x de inform aku kan? kenaper?? takut aku dapat result tinggi dari ko, camtu?? well, x salah lau nak cemburu dalam pelajaran ni tapi biarla cemburu yang positif. jangan la kita rasa sakit hati bila tengok seseorang tu berjaya sedangkan kita ni malas nak berusaha (ha ! amek ko ! kene sejepuk ngan aku ) 

dahla, malas dah aku nak cakap sal kawan baik aku yang sememangnya baik ni. nasib baik aku jumpa dak laki kelas tu gak tadi. die tanya aku sal kuiz tu. leh lak aku wat muka blur xtau. hahaahha~ dah memang betol2 x tau, nak wat camne lagi. hu3~ btw, tq 2 him. =) em, berbalik kepada membe aku tadi, die mungkin ingat aku x tau lagi kot sal ni coz aku boleh lagi wat senyum n wat cam xde pape pun yang berlaku depan die tapi dalam hati, hemm.. aku malas la nak gaduh2 ni. kita masing2 dah tua kan? so, pikir sendiri la. x kan tu pun kena gtau lagi. hu3~

tapi yang aku x puas hatinye, kalau la aku yang wat camni kat die, mau nye seminggu die x bertegur aku. hemm. manusia, manusia. k la. aku nak sambung study. study buku yang kat dalam pic kat bawah ni. hohoho~ k la. tata. (^_^)

 * paper R ni kot. huhuhu~


FF: letih tol la layan kerenah orang ni. huh !

anda suka entry ini?? silalah like (^_^)

Read more...

Sunday, March 20, 2011

Hati-hati terhadap penipuan di dalam emel anda !!

Salam. entry aku kali ni sebenarnye lebih kepada peringatan kat korang sume. cewah ! kelas gitu bunyinye. tapi siyesly la, sekarang ni banyak sangat emel-emel yang berunsurkan penipuan. yang paling x leh blah, sal akaun bank kita. 

ramai la gak antara sedare mara aku yang guna sistem perbankan online ni. almaklumla, masing-masing kan busy dengan keje. tu pasal la dorang guna sistem ni. tapi beware la !! sekarang ni dah ade taktik baru daripada penipu-penipu yang memang otaknya nak menipu n makan rezeki x halal camni. dorang akan hantar mesej kat emel korang seolah-olah akaun bank korang tu dah kena hack. nanti dorang akan suh la korang masukkan no. akaun bank tu dengan pin/password korang sekali. memang licik kan dorang ni?? ni antara contoh emel yang dorang bagi kat emel aku :

Public bank 

Dear Value Customer,
Here at Publicbank we take our customers security important and ,during our recent routine account monitoring we encountered a problem and so we cannot proceed with your Internet Bank Account.
You are strongly advised to use the link below to verify your Account Information
Sincerely,
 
Publicbank Security Team.

Maybank

Dear Value Customer,
Here at Maybank we take our customers security important and ,during our recent routine account monitoring we encountered
A problem and so we cannot proceed with your Internet Bank Account. Your are strongly advised to use the link below to verify your Account Information
Sincerely,
Maybank Security Team.


kalau aku jumpa la dengan orang-orang camni, aku bako hidup-hidup manusia yang reti nak menyusahkan orang je kejenye ni. hu3~


FF: nasib baik la aku x penah ade akaun maybank n public bank. n aku gak xde nak guna perbankan online ni. lau x, mau percaya gak benda2 alah ni. hu3~ hati-hati la korang ye. (^_^) 

anda suka entry ini?? silalah like (^_^)

Read more...

Saya nak join bloglist Yuyu Zulaikha 3

hello everyone ! hikhikhik~
nampak x tajuk entry aku tu?? aku ras cam nak try gak la wat benda2 alah ni.
maklumla, aku kan still budak baru belajar. hu3~
umo blog pun x sampai 10 hari lagi. hu3~
okeh ! syarat2 nak join bloglist Yuyu Zulaikha ni :


1) buat entry sal "saya nak join bloglist Yuyu Zulaikha". -settled-

2) link kan ke entry Yuyu Zulaikha --settled-

3) tepek header Yuyu Zulaikha -settled- (cheq nak buat besar punyer.hikhikhik)

4) secebis harapan : okeh, harapan izah, izah nak kenal dengan semua bloggers yang mantop2 ni. almaklumla, izah kan still budak baru belaja dalam blog ni di samping nak abiskan sisa2 study yang akan abis dalam masa 2 bulan lagi. *peace* (^_^)

5) htr URL entry ke entry komen Yuyu Zulaikha -in progress- (^_^)


FF: sapa2 yang nak join, leh la wat camni gak ek. ni 1st time tau izah wat benda2 camni. ntahla btol ke x cara izah wat ni. yang penting, enjoy. (^_^)

anda suka entry ini?? silalah like (^_^)

Read more...

Mengubati hati yang lara T_T

korang agaklah kan, kenapa tajuk entry aku camni? hohoho~ sebenarnya aku nak gtau yang aku kuar karOk tadi. erk ! aku x nyanyi pun. teman orang nyanyi je. hu3~ baru je balik ni. hu3~ kuar semata-mata mengubati hati yang lara sebab dah miss 5 marks from da marketing management class punyerr quiz. sobs. T_T

dah ! aku x mau ingat lagi sal tu. actually, aku tengah layan kesedihan + kekesalan aku coz x gi kelas kat bilik. tiba2 membe aku, si kerOl aka atOk kesayangan aku kol ajak gi karOk. aku pun ape lagi. on jela. kitorang pergi bertiga. sorang lagi bond aka scandal terangku. ahakz.

bukan men express aku bersiap. pakai baju yang dah pakai gi kelas tadi. 1 kelas pagi tadi okeh ! (baru pakai sekali okeh ! tu pun x berpeluh langsung) dengan tudung ariani. perghh ! memang sempoi giler la aku kuar tadi. dahla dengan muka baru bangun tido lak tu. hu3~ aku juz sapu bedak johnson's baby aku yang warna pepel tu je. mmg selekeh kan? wytever ! yang penting, aku hepy. hoyehhh ! (^_^)

erk ?? ape motif aku wat entry ni sebenarnye?? em, aku juz nak cakap yang aku hepy je. fullstop ! (^_^) 
jom layan pic sengal aku tadi. =)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 *posing dulu dlm kete. =)

 *sempat lagi bergambar dalam kete. hohoho~

*okeh ! ni lak pic konon2 karok tadi. =)

*burok giler pic pakai spek. huh !

*posing ala2 ayu gitu. uwekss~ =p

*nape la ko wat muka cmni kerOl?? sedih aku tengok. T_T

*pic dgn bOnd. =)



and last sekali, ni pic muka dekat aku. burok giler dowh muka aku sekarang ni. uwaaa~ nak nangis rasanya. nak muka dulu. uwaaaa~ T_T

 * ni lak pic yg sgt burOx. pic muka dekat coz nak tunjuk muka aku yang memang natural k ! burOk giler. huh ! sumenye sebab esemen. grrrrrr~


FF: ni la pic2 si budak gemOk. uwaaa~ saya dah makin gemOk. mata saya lak dah jadi cam kungfu panda dah sekarang. help me !! T_T

anda suka entry ini?? silalah like. (^_^)


Read more...

Kalau dah nasib......T_T

hujan renyai-renyai di luar tingkap, di tambah dengan angin yang mendayu-dayu, membuatkan aku tak nak bukak mata ni. waaarrgghhhh ! aku menggeliat. diiringi dengan menguap besar dengan bukaan mulutku seluas serombong kapal. ahakz. *x senonoh punyer pangai*



korang x rasa pelek ke dengan entry aku yang kat atas tu?? ditambah dengan pic aku yang muka aku yang hampeh semacam tu. ape yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya, aku dah terponteng kelas marketing management petang ni gara-gara kesilapan teknikal seperti yang disebutkan di atas tu. uwaaaa ! dahla membe aku cakap kat kelas ade kuiz. aku terus tersedar dari tidur tadi.aku tengok jam. dah pukul 4.10 petang. x kan la aku nak masuk kelas masa ni kot?? kelas tu start 3.30 kot. paling lewat pun student penah datng kul 4. tu pun memang dah kena perli kaw2 punyer dengan lecturer n dak2 kelas. uwaaa ! Hj. Romlee ku sayang. kenapa la masa aku x pergi kelas ni la, ko buat kuiz ek? sampainye hatimu. sobs. T_T


FF: dah 3x dah aku x pergi kelas Marketing Management ni. ni la sebab aku malas nak amek kelas petang ni. sobs. T_T

anda suka entry ini?? silalah like (^_^)
Read more...

hepy giler rini. sumpah !! (^_^)

wahhh ! i don't know why. i don't know what happen to me.
but i'm just too happy to write this entry. *ade nada gedik x kat cni? =) *

*bengkak giler mata kan? dh jadi cam kungfu panda dah. sobs T_T
hik3. actually, aku suka sangat ari ni. suka sangat2 bila lect puji aku. lect cakap yang esemen aku mmg completed giler. x macam student lain. perghh ! siyes bangga. lubang hidung ni dah terkembang dari tadi lagi. hak3. bangga weyh esemen yang wat last minute leh dapat pujian camtu. memang berbaloi2 la rasanya. pastu boleh plak die cakap aku ni mmg best student la coz aku leh g tanya die soalan yang budak lain mmg x kan terpikir nak tanya. lagi sekali aku kembang. *wink*


okeh sir ! i promise. i will try my best to get A+ for your paper. wahhh ! seharian la aku di alam fantasi hari ni. hahaha~



FF: sempat lagi berseloroh dgn lect suh bagi full mark, die senyum je. erk?? macam on je tu.  ensem tol la sir hari ni. *wink* (^_^)

anda suka entry ini?? silalah like (^_^)

Read more...

susahnya kalau dah bercinta !!

salam. ni last post aku sebelum aku tido. actually, aku x tau la kawan2 aku sekarang ni ade masalah ape. masing2 aku tengok cam sedih je. come on la dear. aku pun penah sedih gak tapi x perlu la sampai nak abai pelajaran ke hape. aku tau sakitnye ditinggalkan dan lebih parah bila die kapel dgn kawan baik kita sendiri kan?? tapi hidup perlu diteruskan. chill la dear. aku penah lalui situasi ni. aku sampai seminggu nangis je n x makan pape pun masa tu. aku pun x leh nak jadi kuat. aku tau, ko sakit sangat sekarang. tapi aku x nak ko jadi macam aku. result aku sem tu teruk giler kot. nasib bek x LB je. 2.41. arrrggghhh~ the worst result i ever have. menyesal giler aku. aku x nak la ko jadi macam aku. aku tau camne ko rasa sekarang ni. aku harap sangat ko leh lalui sume ni dengan tabah coz aku tau ko kuat. abaikan je lelaki sampah camtu. x guna ko abaikan sume kepentingan ko semata2 lelaki camtu. tolongla dear. aku pun akan lemah kalau asyik tengok ko lemah cmni je. tolongla. kita dah sama2 final semester. tolongla berjuang untuk degree kita yang tgl beberapa bulan je lagi ni. aku sayang ko. aku sayang sume kawan2 aku. tolongla jangan macam ni lagi. T_T


*banyakkan berdoa n solat. insyaALLAH ko akan tenang. =)


FF: yg tgh nak berputik cinta pun ade gak skrg ni. aku harap pandai2 la korang bawak diri. jgn campurkan masalah peribadi dgn pelajaran. nak lagi senang, hidup macam aku. 
"single is simple" ryte? (^_*) nyte. 

anda suka entry ini?? silalah like (^_^)

Read more...

Delete virus di FB anda !!

Minta Perhatian kepada Rakan-Rakan ku yang mempunyai FB ........ 
 Kepada sesiapa yang ada tertekan url/mendapat mesej seperti ini :

" OMG: This girl killed herself after her FATHER posted this message on her wall: bit.ly/hiht3w "

Tolong ikut arahan di bawah ini ......

    a) tekan " Account - Privacy Settings "
    b) Lihat bahagian bawah di " Apps and websites "
    c) tekan " Edit your settings"
    d) Lihat bahagian " Apps you use "
    e) tekan " Edit settings "
    f) Sila delete apps yang pelik2

sekian terima kasih

sebagai rujukan sila layari webste ini :

*paling x suka la virus2 cenggini sume. haih !


FF: sakit hati coz banyak sangat mesej camni kat FB sekarang ni. hem~

anda suka entry ini?? silalah like (^_^)

Read more...

Nak jadi Nobita !!!

okeh ! entry aku kali ni mungkin korang dah selalu baca n tengok kat FB or kat website mana2 kan? tapi aku nak post gak sal ni coz aku rindu zaman dulu2. zaman yang x pernah ada masalah n zaman nak suka2 je. rindunya kat zaman tu. kan best lau jadi nobita. semua benda dia nak dapat. kalaulah masa ni boleh diputar kembali. T_T

budak2 yg lahir pd thn 80 n 90an mesti ingat mase skola rendah dulu:

-kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.

-salesman susu pon camtu gak.

- kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....

- pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

- main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.

- bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.

- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

- main game 2D.  super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, dragon ball, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.


uwaaa~ bestnye zaman dulu2. budak2 sekarang dah x rasa dah benda2 macam ni. sekarang ni dah serba maju. bestnya. bahagia je hidup masa tu. masalah pun xderk. sobs T_T


*suka jadi budak2 yang xde masalah (^_^)


FF: bila dah besar, banyak tol masalah yang kena pikir. hemm~

anda suka entry ini?? silalah like (^_^)

Read more...

tinggal jejak oke?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...